[VIDEO] Harimau Malaya Akhiri 42 Tahun Kemarau Piala Asia !

Foto: TeamMalaysia

Detik bersejarah pasukan bolasepak Malaysia tercipta harini setelah berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit. Penantian selama 42 tahun berakhir hari ini. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia pada tahun 2007 selaku tuan rumah pada waktu itu. 

Harimau Malaya beraksi cemerlang dengan menewaskan Bangladesh dengan jaringan 4-1 . Gol pertama Malaysia diperoleh hasil dari sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rashid pada minit ke 16. Anak buah Kim Pan Gon terus mengasak dengan cubaan demi cubaan tepat ke pintu gol. Namun, ketangkasan penjaga gawang Bangladesh, Anisur Rahman berjaya menyelamatkan keadaan. 

Sebaliknya Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan hasil lontaran jauh pemain berjersi no 12 mereka sebelum ditanduk masuk Muhammad Ibrahim. Selang beberapa minit kemudian, Dion Cools menjadi watak penting dengan jaringan gol kedua sekaligus Malaysia menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan 2-1.

Bersambung babak kedua, Syafiq Ahmad tidak menunggu lama untuk terus memberikan keselesaan buat Malaysia dengan gol yang ketiga pada minit ke 47. Darren Lok turut mencetak nama sebagai penjaring setelah dibawa masuk bagi mengantikan Syafiq Ahmad. Malaysia terus mengasak untuk menghasilkan lebih jaringan. Namun keputusan kekal hingga tamat perlawanan. 

Malaysia ke layak ke Piala Asia!!!!

Admin

Next Post Previous Post