RM1,309.15 Tunggakan Bil Elektrik Surau, Penduduk Sungai Petani Bantu Selesaikan Kurang Dari Satu Jam 'Posting'

Tangan kanan memberi, biarlah tangan kiri tak tau. Itulah pepatah dulu berpesan ketika melakukan kebaikan dalam bersedekah. Ungkapan ini sesuai buat situasi yang baru terjadi. Benarlah kata orang, tak susah pun nak buat baik. 

Dalam group facebook Penduduk Sungai Petani, seorang pengguna media sosial telah berkongsi satu bil elektrik sebuah Surau Pasar Minggu di Guar Chempedak, Kedah yang mempunyai tunggakan sebanyak RM1,309.15. Beliau memohon bantuan sekiranya ada yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dengan membayar terus ke akaun bil berkenaan. 

Setelah semakan dibuat keatas nombor akaun berkenaan. Terbukti nombor berkenaan adalah tepat didaftarkan atas nama sebuah surau seperti yang dinyatakan. 

Apa yang buat penulis terharu adalah kurang dari sejam dari posting berkenaan, jumlah tunggakan berkenaan berjaya diselesaikan oleh orang ramai. Setelah itu, individu berkenaan sempat mengucapakan terima kasih kepada mereka yang membantu dalam melunaskan tunggakan tersebut sebelum memadamkan posting berkenaan supaya mengelakkan terdapat banyak lebihan bayaran. 

Saat artikel ini ditulis, terdapat lebihan bayar sebanyak RM1,271 pada surau berkenaan. Syabas dan tahniah buat semua yang menyumbang! 

Admin

Next Post Previous Post