Menteri Mohon Maaf Lepas Kena 'Balon' Dengan Penyokong Isu Sorakan

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu ciapan di Twitter memohon ampun dan maaf kepada semua penyokong berkenaan isu sorakan di stadium punca pemain harimau malaya hilang focus sebelum ditewaskan Bahrain dalam perlawanan kedua kelayakan piala asia pada sabtu lalu.

Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini disalah erti oleh penyokong bolasepak Malaysia. 

"Sorakan dan sokongan penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai. "(Bila dah kena balon, saya pun pening). Cakap2 bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya,” 

Katanya, faktor luaran termasuk membabitkan lebih 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan itu berlangsung juga harus diambil kira atas kekalahan itu apabila sorakan mereka secara tiba-tiba dilihat menyebabkan pemain skuad negara hilang fokus sewaktu perlawanan.

"Seingat saya, sejurus jaringan pertama pada aksi itu, kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula, akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

"Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus sekali gus menyebabkan skuad kita terlepas peluang menjaringkan gol. Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton pun menyumbang kepada larinya fokus pemain.

"Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun yang mana orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun akan hilang sedikit," kata Ahmad Faizal selepas menyempurnakan majlis perasmian surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Hutan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini, semalam.

Admin

Next Post Previous Post