Melur Untuk Firdaus Cipta Fenomena, Nama Anna Jobling Trending Diluar Negara

Drama rantaian TV3 biasanya menjadi buah mulut penonton khususnya di Malaysia. Slot yang banyak kali menjadi tumpuan kebiasaannya Akasia di sebelah petang. Namun berbeza kali ini setelah drama yang ditayangkan di slot Lestary 9 malam setiap Rabu hingga Sabtu meraih perhatian penonton.

Melur Untuk Firdaus, sebuah drama romantik komedi 28 episod ditayangkan di TV3 bermula Mei 2022. Meskipun drama ini mempertaruhkan wajah baru dalam industri hiburan Malaysia Anna Jobling, Merqeen, Neesa Idrus. Ia tetap berjaya sehingga drama ini tular di media sosial. 

@jasminemelur [Ep9] aaaaa Fir baper #meluruntukfirdaus ♬ Kaoru Hakaze the Jamettie - azure♪

Lebih mengujakan pelakon utama, Anna Jobling yang membawa watak Melur trending di luar negara. Rata-rata penonton memuji lakonan gadis cantik kacukan Malaysia-England itu oleh kerana setiap babak yang dilakonkan berjaya mencuit hati penonton. Lakonan bersahaja dengan gandingan Merqeen serta turut dibantu pelakon berpengalaman yang lain antaranya Fimie Don, Kuza dan lain-lain lagi. 

@sheknow14 Penyesalan di akhir ?#meluruntukfirdaus #fypシ #meluruntukfirdausepisod7 #fyp #fypシ ♬ bunyi asal - Melur Untuk Firdaus_editz🌹💘

@hanyamoments kalau bergaduh, abg nya hilang trs🤣#moots? #fyp #fypシ #fypage #xybcaz #meerqeen #annajobling #meluruntukfirdaus #boicotindia ♬ Menunggu - Meerqeen

Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia sememangnya tidak menyangka drama arahan pengarah Zamri Zakaria tersebut mendapat perhatian daripada penonton sehingga ke luar negara sejak ditayangkan pada 27 Mei lalu.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat gembira dan tidak sangka drama Melur Untuk Firdaus ini tular sehingga ke beberapa buah negara lain sehingga membuatkan nama saya menjadi trending di sana.

“Saya sebenarnya tidak sangka langsung sebab sebelum drama ini ditayangkan, saya sangat gementar memandangkan ini drama pertama saya memegang watak sebagai heroin. Saya tertanya-tanya tentang penerimaan penonton,” ujarnya.

Admin

Next Post Previous Post