Jemaah Umrah Meninggal Dunia Setelah Tiba di KLIA

 


PETALING JAYA – Seorang jemaah wanita yang baru sahaja pulang dari tanah suci Mekah menghembuskan nafas terakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba di sini, hari ini.

Menurut laporan daripada mutawif, Zakariya Abd. Rasip, jemaah umrah tersebut difahamkan telah rebah dan pengsan sejurus keluar daripada pintu pesawat.

Menurutnya, mangsa juga telah dibantu oleh kru kapal dan pasukan perubatan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah jenazah Allahyarhamah jemaah umrah kumpulan dua dari Kota Tinggi, Johor telah kembali ke rahmatullah selepas keluar pintu pesawat.

“Jenazah juga telah selamat diuruskan dengan kerjasama baik dari kru Malaysia Airlines (MAS), kakitangan dan polis KLIA,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Katanya, laporan juga telah dibuat di pejabat imegresen dan Balai Polis KLIA serta jenazah telah dihantar ke Hospital Serdang untuk urusan selanjutnya.

“Semoga Allah memuliakan Almarhumah husnul khatimah dan takziah buat seluruh keluarga,” ujarnya. 

Sumber: KOSMO

Admin

Next Post Previous Post