Wan Emir Astar Kongsi Berita Gembira, Mira Filzah Selamat Melahirkan Putera Sulung Mereka

Cahaya mata merupakan satu anugerah terindah dalam kehidupan berumahtangga. Ibubapa dan keluarga pastinya orang paling teruja untuk menerima insan baru dalam kehidupan mereka. Pasangan penuh romantis Wan Emir dan Mira Filzah tidak terkecuali. 

Pada awal pagi tadi menerusi satu hantaran posting pada instagram mereka, Wan Emir berkongsi rasa syukur dan gembira apabila isteri syurganya atau nama Nur Amirah Filzah binti Badioezaman selamat melahirkan putera sulung mereka pada jam 3.40 pagi.

Lebih istimewa, bayi yang baru dilahirkan berkongsi tarikh lahir yang sama bersama Mira. 


Admin

Next Post Previous Post