[VIDEO] Dashcam Sebelum Kemalangan Korbankan 5 Pelajar


KUALA KANGSAR: Lima rentung apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora, di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas membabitkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian dibantu oleh BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh sebaik panggilan diterima jam 12.52 tengah malam tadi.

Katanya, nahas membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.

Lima individu yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.

Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.

Video sebelum kemalangan


@utusantvofficial Reply to @kimi21106 . Salam takziah. #alfatihah #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound - UtusanTV
Admin

Next Post Previous Post