[VIDEO] Thailand Tambah Koleksi Kejuaraan, Menang Agregate 6 - 2

AFF Suzuki Cup 2020 baru sahaja melabuhkan tirai dengan kejuaraan milik Thailand dengan jaringan 4-1.   Thailand memiliki kelebihan besar setelah menang dengan jaringan 4-0 pada perlawanan akhir pertama. 

Beraksi pada perlawanan akhir kedua, Indonesia memulakan rentak saingat yang cemerlang dengan asakan bertali arus kepada Thailand dan hasilnya pada minit ketujuh perlawanan. Indonesia berjaya mendahului menerusi jaringan Ricky Kambuaya. Tersentak dengan kedudukan ketika itu, anak buah Alexander Polking menyerang dan berjaya menghasil berberapa percubaan merbahaya ke pintu gol Indonesia. Namun keputusan itu kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung di separuh masa kedua. Juara 4 kali, Thailand menukar rentak permainan dan hasilnya mereka memperoleh 2 gol awal dalam masa 2 minit. Kebangkitan skuad gajah perang itu benar meletakkan mereka di kelas tersendiri. Selang beberapa minit kemudian, Indonesia kembali mengikat kedudukan menjadi 2-2. 

Walaubagaimanapun, keputusan kekal sehingga tamat perlawanan. Hasrat Indonesia lebur untuk memiliki Piala AFF lebur

Admin

Next Post Previous Post