[VIDEO] Berseri Dalam Busana Serba Putih, Heliza Helmi Sah Bergelar Seorang Isteri


Tahun baru, permulaan baru. Itu ungkapan terbaik untuk pelakon penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan terkenal Nur Heliza Helmi selamat bergelar isteri kepada Dato Sri Mahadi.

Berita mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini yang turut memuat naik gambar pasangan tersebut.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan… Esok kita jumpa ya,” tulis Mohd Izhar.

Hal tersebut turut dikongsikan photographer artis, AqoImran
Admin

Next Post Previous Post