RTM Mengorak Langkah Dunia Digital. Jadi Stesen TV Pertama Malaysia Miliki Aplikasi Free To Air Pada Android TV

Menjengah ke era baru dunia digital dengan rata-rata pengguna mula beralih kepada android smart tv atau  ada sesetengah yang menggunakan Android TV Box sebagai salah satu cara untuk mereka mendapatkan fungsi smart pada tv lama mereka.

Teknologi ini secara tidak langsung pengguna dapat menonton youtube, netflix dan sebagainya terus dari smart tv mereka. Namun begitu belum ada stesen tv Malaysia yang menyediakan perkhidmatan tv secara percuma menerusi teknologi ini. 

Radio Television Malaysia (RTM) menjadi yang pertama melancarkan aplikasi sendiri di platform smart TV dengan memperkenalkan RTM Klik. Jika sebelum ini aplikasi ini hanya dapat diakses pada smartphone android atau iphone sahaja. 

Langkah ini, secara tidak langsung boleh memacu industri penyiaran negara ke suatu era digital baru dan memberikan pengalaman tontonan yang lebih baik dengan kualiti Hign Definition (HD) serta tanpa memikirkan gangguan pada waktu hujan. 

Pengguna boleh mula download aplikasi ini di TV masing-masing. 

Sekiranya anda pengguna tv lama dan mahu mendapatkan fungsi smartTV. Ini yang anda perlukan. Tengok sini

Admin

Next Post Previous Post