[VIDEO] Bimbang Umur Tidak Panjang, Dato Aliff Syukri Mohon Maaf Setelah Dijangkiti COVID Tahap Tiga


Pengasas produk kecantikan dan selebriti media sosial, Dato Aliff Syukri dijangkiti virus covid-19 setelah pulang bercuti dari Turki.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Aliff memaklumkan doktor mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 tahap tiga yang memberi kesan kepada sistem pernafasannya.



"Kepada semua sahabat kenalan yang dikasihi atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.

"Maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja ataupun tidak.

"Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada ALLAH SWT. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang," tulis Alif.

Aliff dilaporkan bercuti di Turki bersama keluarganya pada 15 Disember lalu dan telah pulang sejak beberapa hari lalu.
Admin

Next Post Previous Post