Atas Permintaan Warganet, Abang Viva Buka Akaun Tiktok dan Raih Lebih 60 Ribu Followers Dalam Satu Hari

Abang Viva meniti dibibir mulut rakyat Malaysia atas keberaniandan keprihatinan beliau membantu mangsa banjir besar yang berlaku di Malaysia. Aura abang viva bukan hanya dirasai oleh orang biasa, malah ia juga mendapat perhatian imam di beberapa masjid sehingga mendoakannya ketika solat Jumaat. 

Abang Viva atau nama sebenar Azwan Omar yang berusia 29 tahun tular dimedia sosial setelah kisahnya menyelamatkan mangsa banjir dengan hanya berbekalkan wang RM50, Bot dan sebuah kereta viva benar-benar memberi inspirasi kepada ramai warganet. Lebih menyentuh hati, beliau yang datang dari Melaka, tidak pernah meminta balasan atau upah atas setiap pertolongan yang diberikan. 

Oleh kerana keprihatinan beliau, ramai yang tampil untuk turut serta dalam menyokong usaha murni abang viva dengan ada yang mahu menyumbang wang ringgit, kereta dan sebagainya. Namun begitu, padanya dia membantu apa yang termampu. 

Ketika ini abang viva turun ke Pahang dalam misi bantuan banjirnya disana. 

Buka Akaun Tiktok 

Atas permintaan ramai warganet, abang viva membuka akaun tiktok. Rata-rata warganet memberi sokongan yang padu dengan saat artikel ini ditulis, pengikut abang viva di tiktok lebih 60,000 orang dalam tempoh kurang satu hari. 

Ketika dalam live tiktok malam tadi, abang viva sempat berkongsi pengalaman dan berbual bersama warganet. Selain ada yang memberi hadiah 'gift tiktok' ketika live berkenaan sebagai salah satu cara untuk menyokong usaha murni abang viva dalam misi memberi bantuan banjir. 

Ternyata ramai warganet terhibur dengan abang viva dan berpendapat beliau seorang yang peramah, baik hati dan merendah diri. Sama-sama kita menyokong abang viva!

FOLLOW TIKTOK : AbangVivaOfficial

Admin

Next Post Previous Post