13 Hari Lari Dari Tahanan, Long Tiger Ditangkap

Selepas 13 hari bersembunyi, lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini pada 15 Disember lalu diberkas polis. Menurut Laporan Sinar Harian lelaki yang dikehendaki pihak polis ini ditahan di Sungai Petani, Kedah.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid, 33, ditahan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan penangkapan lelaki terbabit. 

"Ya benar, tangkapan dibuat di Kedah dan butiran serta maklumat lanjut mengenai tangkapan itu akan dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam masa terdekat," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi, 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang, Melaka untuk perbicaraan dibawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.


Admin

Next Post Previous Post