[VIDEO] Salah Hatrik, Manchester United Alami Kekalahan Terburuk di Old Trafford

United menerima kunjungan musuh tradisi Liverpool dengan langkah kiri setelah mereka ditewaskan dilaman sendiri dengan keputusan 0-5. Perlawanan yang didominasi penuh pasukan pelawat jelas menampakkan pasukan bimbingan Ole tidak mampu berbuat apa-apa. 

Seawal minit kelima Liverpool mendahului menerusi jaringan Naby Keita. Selang lapan minit kemudian Diogo Jota menggandakan kedudukan. Intensiti perlawanan meningkat dengan tuan rumah dilihat cuba untuk merapatkan kedudukan. Namun berbaki 10 minit terakhir separuh masa pertama, penyerang sensasi Liverpool meledak 2 gol pada minit ke 38 dan 45 untuk meletakkan Liverpool selesa ke bilik persalinan dengan jaringan 4 berbalas 0. 

Besambung babak kedua, Ole membuat pertukaran penting dengan memasukkan Paul Pogba untuk menambah sengat pasukannya. Namun begitu percaturan itu tidak menjadi setelah Salah melengkapkan hatrik dengan pada minit ke 50. Manakala Pogba dilayangkan kad merah selang 10 minit kemudian selepas melakukan kekerasan terhadap Naby Keita. 

Liverpool menang bergaya dengan di Old Traffood.

Post a Comment

0 Comments