Remaja Bergelar Jutawan Selepas Menangi Cabutan BSN SSP, Jadi Buruan 'Keluarga Segera'


Bagai menerima durian runtuh apabila seorang remaja yang baru sahaja berusia 17 tahun dipilih sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP Bulan April 2021 sekaligus berjaya membawa pulang sijil bernilai RM1 juta.

Menurut perkongsian Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, remaja yang berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini dikatakan mulai menyimpan dalam BSN SSP menerusi bantuan ibu bapanya yang memulakan simpanan itu sebagai saluran untuk beliau menyimpan wang.

Menerusi pengumuman yang dibuat sekaligus menjadi perhatian di media sosial, remaja ini nampaknya sudah mulai ‘dicari’ netizen yang didakwa sebagai ahli keluarga.

Meskipun sebagai jenaka, para netizen yang mengaku sebagai abang dan sebagainya antara yang membuatkan para netizen lain terhibur. Tidak kurang juga yang ‘mencuba nasib’ untuk dijodohkan bersama jutawan muda ini.




Dimaklumkan pada tahun ini BSN sedia menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook BSN Malaysia.

Post a Comment

0 Comments