Pelajar Cemerlang, Raih 11A meskipun hampir patah semangat SPM ditangguh

LANGKAWI – Pelajar Maktab Mahmud Langkawi, Nur Aisyah Zakaria pernah berasa kecewa dan hampir patah semangat apabila mendapat tahu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Namun, anak kelahiran pulau peranginan ini cepat bangkit dan menganggapnya sebagai satu hikmah dengan menggunakan masa sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran.

Hasilnya, Nur Aisyah, 18, berjaya membuktikan semangatnya tidak pernah luntur apabila memperoleh keputusan 11A dalam peperiksaan berkenaan.

Katanya, dia bersyukur kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang sekaligus menggembirakan kedua ibu bapanya meskipun terpaksa belajar dalam suasana baharu akibat penularan wabak itu.

“Antara cabaran terbesar apabila peperiksaan ditangguhkan disebabkan Covid-19 yang menyebabkan mental saya ‘down’.

“Selain itu, saya juga perlu menyesuaikan diri tinggal di asrama kerana semua pelajar yang menghadapi SPM diwajibkan tinggal di asrama pada sesi persekolahan lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Nibong di sini hari ini.

Menurut anak kedua daripada tujuh beradik itu, sepanjang tempoh SPM berlangsung, dia akan menghubungi ibunya setiap hari bagi memohon restu.

“Saya juga mengamalkan surah al-Mulk dan berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis di samping mengulang kaji pelajaran pada awal pagi selepas solat subuh,” ujarnya. – 

Sumber: Kosmo ONLINE

Post a Comment

0 Comments