Beban Hutang RM37.22 Juta, Papparich Diarah Tutup

Tanggung Hutang RM37.22 Juta, Papparich Diarah Tutup Oleh Mahkamah Tinggi

Julai tahun lalu, restoran Papparich di Malaysia dikatakan berdepan saman untuk ditutup operasi selepas memiliki hutang tidak berbayar sebanyak RM37.22 juta.

Terkini, pada 5 Mei lalu, Paparich Group (PGSB) telah menerima perintah penggulungan atau pun diarah tutup oleh Mahkamah Tinggi Malaya susulan petisyen berkenaan.



Papparich diarah tutup

Menurut rakan kongsi PGSB, ST Group Food dalam satu dokumen pengumuman, lembaga pengarahnya menjelaskan petisyen penggulungan tersebut tidak dijangka akan memberi apa-apa impak kepada pernigaan dan operasi PGSB.

Dalam dokumen itu, turut dinyatakan yang syarikat akan mendapatkan perincian berkaitan situasi ini selain daripada ‘peringatan’ kepada pemegang saham dan pelabur berpotensi untuk berhati-hati ketika berurusan dengan penasihat profesional sekiranya mereka ragu-ragu dengan tindakan yang harus mereka ambil.

Petisyen tersebut difailkan kepada PappaRich Group Sdn Bhd oleh Agathisfour Sdn Bhd pada 22 Mei atas jumlah yang perlu dibayar oleh kumpulan itu dan anak-anak syarikatnya serta syarikat-syarikat berkaitan kepada PappaRich Malaysia Sdn Bhd dan Roti-Roti International Sdn Bhd (RRI).

Kes yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 November ini turut dijadualkan untuk didengar pada 21 September (satu petisyen lain yang diajukan oleh Chen Khai Voon, pengasas KVC Industrial Supplies Sdn Bhd yang memiliki saham dalam PappaRich Group dan Agathisfour).

Pada Mei 2014, PappaRich Malaysia dan Agathisfour telah menandatangani satu perjanjian untuk Agathisfour memperoleh 4.47 juta saham di PappaRich Malaysia dengan harga RM24 juta dan 325.303 saham baru dalam syarikat dengan harga RM6 juta.

Dalam perjanjian tersebut, PappaRich Group Sdn Bhd diwajibkan untuk menyelesaikan jumlah penuh yang dihutang (bukan perdagangan) kepada PappaRich Malaysia dalam tempoh masa 36 bulan dari tarikh perjanjian serta jumlah yang harus dibayar kepada RRI pada Oktober 2015.

Tarikh penyelesaian hutang berkenaan kemudiannya dilanjutkan kepada Mei 2017, namun Agathisfour mengatakan PappaRich Group Sdn Bhd gagal menyelesaikan hutang menyebabkan baki hutang mencecah RM37.22 juta.

Sumber: Marketing Interactive

Post a Comment

0 Comments