Tidak Berperikemanusiaan! Belasah isteri hamil hingga koma, suami cabut lari tinggalkan isteri nyawa2 ikan di ICU

Lumrah hidup berumah tangga, pasti akan ada saat di mana suami isteri tidak sehaluan dan bergaduh akibat kurang persefahaman.

Bagaimanapun, situasi itu bukanlah satu ‘tiket’ untuk mengasari pasangan masing-masing. Malangnya, kisah seorang wanita ini menimbulkan kesedihan dalam kalangan netizen apabila dia dibelasah oleh suaminya sendiri ketika hamil.

Kakak masuk ICU, tulang retak & muka lebam

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fazariah Nordin memuat naik ‘posting’ mendakwa kakaknya bernama Jahidah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas teruk dipukul oleh suaminya sendiri.

Menurut doktor yang merawat kakaknya, wanita itu mengalami kecederaan teruk antaranya keretaan tulang belakang, rahang serta bahagian muka.

Selain itu, terdapat juga kesan lebam di bahagian muka, mata serta di bahagian anggota badan lain.

Otak berdarah, jalani pembedahan selama 12 jam

Pasukan perubatan memaklumkan kakaknya mengalami pendarahan otak yang teruk di mana seluruh otaknya dipenuhi darah. Sehinggakan doktor terpaksa melakukan pembedahan otak selama 12 jam dan kini kakaknya itu sedang koma.

Hamil anak sulung

Padahal, kakaknya baru sahaja teruja memuat naik ‘posting’ mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung seminggu yang lalu.

Bercerita tentang keperibadian kakaknya, Fazariah meluahkan bahawa wanita itu tidak pernah melenting malah, dia merupakan seorang yang lemah lembut.

Jadi, apabila diperlakukan sebegitu rupa, Fazariah seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku dan berharap kakaknya mendapat pembelaan kelak.


Suami cabut lari, tinggalkan di hospital


Bukan itu sahaja, Fazariah turut berasa kesal dengan tindakan abang iparnya yang tergamak meninggalkan isterinya berseorangan di hospital sebelum hilang ghaib melarikan diri.


Teruknya belasah, pengaruh dadah atau mabuk ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi sedih terhadap nasib yang menimpa wanita tersebut dan mendoakannya agar cepat sembuh.

Sedihnya, semoga diberi kekuatan!

Seorang yang lembut tak pernah tinggi suara


Semoga diberi keajaiban


Wanita hamil perlu perhatian.. Lelaki camtu tak layak jadi suami atau bapa

Setakat ini, pihak keluarganya telah membuat laporan polis bagi mengesan keberadaan suspek itu.


Sumber: Facebook Fazariah Nordin

Post a Comment

0 Comments