KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan angka kematian baharu COVID-19 tertinggi pada 17 Mei dengan 45 kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu setakat ini ialah 1,947 kes.
Pada masa sama, negara mencatatkan 4,446 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 474,556 kes.
Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 1,650 kes, diikuti Sarawak (433 kes), Johor (391 kes), Kelantan (343 kes), dan Kuala Lumpur (297 kes).
Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah 43,506.
Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 2, 784 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 429,103 kes.
Setakat ini, 522 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 273 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Status Terkini #COVID19, 17 Mei 2021
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 17, 2021
Kes sembuh= 2,784
Jumlah kes sembuh= 429,103
Kes baharu positif= 4,446 (4,443 tempatan, 3 import)
Jumlah positif= 474,556
Kes kematian= 45
Jumlah kes kematian= 1,947
Kes dirawat di ICU= 522
Bantuan Alat Pernafasan= 273 pic.twitter.com/EazUpALhQb