Tiada Lagi Celoteh. 'Mak Cik Petir' Meninggal Dunia

Industri hiburan baru sahaja kehilangan permata yang sangat bernilai. Noryati Taib atau lebih terkenal dengan gelaran makcik petir meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi tadi. Pelakon veteran yang versatile sentiasa berjaya membawa watak yang diberikan baik watak sedih, baik, mahupun antagonis. 

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.

“Dukacita dimaklumkan Mama saya telah meninggal dunia pada 1.45pagi sebentar tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman,” kata Faizul Hafiz.

Pada tahun 2017, Noryati pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Noryati juga diuji apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.

Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.


Makcik Petir positif COVID-19

PELAKON veteran, Noryati Taib, 64, atau lebih dikenali sebagai Makcik Petir disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dikongsikan oleh anak saudaranya yang juga penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohammeddin menerusi laman Instagramnya pada malam Isnin.

Shahrulezad memuat naik video memaparkan Noryati sedang menunggu kedatangan ambulans untuk mengambilnya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Makcik saya, Mak Uda Yati disahkan positif Covid-19. Video inin diambil semasa Mak Uda tengah tunggu ambulans datang ambil.

“Saya merayu pada semua peminat Mak Uda kesayangan ramai agar mendoakan kesembuhan dia dan semoga Allah tenangkan dia.

“Saya tahu dia tengah gelisah sebab dekat hospital nanti, dia seorang sahaja, tak ada siapa dapat temankan dia,” katanya.

Noryati cukup dikenali dengan gelaran Makcik Petir dalam kalangan peminatnya selepas membintangi drama SinDerEla sekitar tahun 2007.

Dia yang menetap di Johor kerap berlakon di bawah produksi penerbitan milik Shahrulezad iaitu Radiusone Sdn Bhd.

Dalam perkongsiannya itu, Shahrulezad turut menyatakan selain ibu saudaranya, sepupunya yang dikenali sebagai Ezzah juga disahkan positif Covid-19.

Post a Comment

0 Comments