Pelajar IPT Dibenar Pulang Ke Rumah Sempena Cuti Aidilfitri – Tidak Boleh Menggunakan Kenderaan Awam

Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini telah mengumumkan yang mana mesyuarat terbaru telah bersetuju untuk membenarkan pelajar IPT dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, kecuali negeri Sarawak.

Buat masa ini, terdapat seramai 103,994 pelajar yang berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta. Untuk makluman, sebanyak 6 kategori pelajar telah dibenarkan untuk pulang menjalani sesi pembelajaran di kampus.

Para pelahar di kampus ini boleh memilih untuk pulang ke rumah masing-masing, atau kekal di kampus sempena cuti perayaan akan datang ini.

Kementerian mengatakan pergerakan akan dilaksanakan secara berfasa. Pelajar akan dibenarkan pulang ke rumah antara 7 ke 12 Mei 2021, sementara pergerakkan kembali ke kampus adalah antara 15 ke 20 Mei 2021.

Pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan rentas negeri dan menyelaraskan tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus.

Pada masa yang sama, ia truut ditekankan yang mana pergerakan pulang ini hanya dibenarkan menggunakan tiga kaedah sahaja, iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput ibu bapa atau penjaga, atau menggunakan bas yang diselaraskan IPT.

Pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan, kecuali perkhidmatan penerbangan.

Post a Comment

0 Comments