[VIDEO] 'Transformer, Bumblebee, Spiderman' Antara Superhero Sambut Kedatangan Pelajar

Sesi persekolahan 2021 bermula hari ini seteleh ditutup gara-gara penularan wabak virus covid19. Namun begitu pembukaan sekolah hari ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah terlebih dahulu. Manakala untuk pelajar sekolah menengah sesi persekolahan mereka akan dibuka semula bermula bulan April nanti. 

Tular di media sosial twitter, perkongsian Cikgu M.K Izzuddin tentang inisiatif guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 dengan mengenakan 'costume Transformer' bagi menyambut kedatangan pelajar sekolah berkenaan. Video tersebut mendapat perhatian warganet, lebih 4000 retweet dan 104 ribu tontonan pada video berdurasi 18saat tersebut. 

Pengguna media sosial yang lain turut berkongsi situasi yang sama ditempat mereka, dimana ada 'spiderman' Kepala Batas, Pulau Pinang. Manakala ditempat lain juga turut ada superhero tersendiri. 

Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih dan menghargai setiap pengorbanan serta usaha yang dibuat warga pendidik.

Post a Comment

0 Comments