[VIDEO] Hari Bahagia Bertukar Hiba, Gadis Sempat Gosok Baju Pertunangan Sebelum Pergi

Hari yang sepatutnya jadi hari paling bahagia berubah sekelip mata. Siapa sangka, semua persiapan telah tersedia, baju pertunangan siap di gosok. Namun ajal terlebih dahulu menjemput. Hari bahagia seorang gadis Izyan Qurratu Aini untuk mengikat tali pertunangan berakhir dengan ajal selepas menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pahang, semalam.

Kisah arwah yang berusia 23 tahun itu dikongsi seorang sahabatnya, Anis Nafisa di laman Instagram dengan memuat naik beberapa video sepanjang proses pengebumian Allahyarham.

“28 Februari merupakan hari paling kau tunggu iaitu hari pertunangan kau. Antara pasangan dan panggilan, dia pergi kepada panggilan dulu,” luah Anis.

Difahamkan, arwah Izyan meninggal dunia dalam tidur seperti didedahkan oleh sahabatnya menerusi komen sebuah posting di aplikasi TikTok.

Boleh tahu sakit apa?

Menerusi sebuah video lain, Anis turut berkongsi beberapa paparan skrin luahan hati kekasih arwah yang sebak mengenangkan pemergian gadis tersebut selain turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

10 tahun kenal, tak pernah jumpa

Hari ini kita bertunang, tapi hari ini awak yang pergi menghadap ilahi. Patutnya waktu ni saya dah datang bawa cincin awak. Tapi saya datang tengok jenazah awak je,” luah lelaki tersebut.

Saya hantar awak ke rumah baru

Lebih menyedihkan apabila melihat busana pertunangan berwarna putih milik Allahyarham yang sudah siap digantung untuk dipakai pada majlis tersebut, tetapi tidak kesampaian.

Dah siap ‘iron’ & gantung, tapi Allah tentukan segalanya

Luahan adik arwah


Benarlah manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah!

Sumber: Instagram Anis Nafisa , TikTok Anis Nafisa , Instagram @anasyey._

Post a Comment

0 Comments