Sejak pagi tadi, satu video yang dimuat naik oleh laman Facebook My Kuala Langat memperlihatkan situasi di sebuah sekolah tadika apabila seorang kanak-kanak dimarahi oleh tenaga pengajar di sana.
Video yang diperoleh daripada seorang pengguna media sosial yang berkongsi rakaman tersebut di group Fb Jalan Kebun, Klang itu benar-benar membuatkan warganet berasa geram.
Dalam video yang dirakam, dapat dilihat seorang wanita dewasa dipercayai tenaga pengajar di tadika tersebut mengangkat dan mencampak seorang kanak-kanak berseragam sama dengan pelajar lain.
Dia juga sempat memarahi kanak-kanak berkenaan sebelum berlalu pergi setelah pelajar cilik itu terjatuh kerana dicampak.
Artikel berkaitan: Guru Tadika Campak Anak Murid Diberhentikan Serta-Merta
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah berasa berang dengan tindakan kasar wanita terbabit kerana melakukan kekerasan kepada kanak-kanak di sekolah tadika.
Mereka juga berharap pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan diatas kejadian ini kerana bimbang keselamantan pelajar-pelajar lain di tadika tersebut.
0 Comments