"Saya Dah Buat Yang Terbaik, Maafkan Saya" - Nabila Razali

Tirai Anugerah Juara Lagu ke 35 (AJL35) baru sahaja dilabuhkan malam tadi dengan kejuaraan milik lagu Gila nyanyian Kaka Azraf, Noki, dan Loca B, sementara Aina Abdul ditempat kedua dengan lagu Semalam manakala Datuk Jamal dan Wany Hasrita meraih tempat ketiga. 

Anugerah vokal terbaik pula milik Ernie Zakri dengan vokal memukau ketika menyanyikan lagu Gundah. Zizi Kirana meraih anugerah persembahan terbaik dengan elemen yang traditional sewaktu menyanyikan lagu Eh!. 

Dalam kehangatan malam berprestij berkenaan, sesuatu yang diluar kawalan berlaku sewaktu persembahan live peserta. Antaranya penyanyi dan pelakon berbakat besar Nabila Razali sekaligus mendapat perhatian wargamaya. Nabila tampil dengan persalinan serba putih cantik, menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Nabila tampil pada satu posting instagram miliknya menyatakan beliau sudah cuba yang terbaik, dan memohon maaf. 

Tak Mengapa Dik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat kepada Nabila Razali dengan apa yang telah terjadi malam tadi. Antaranya, Penyanyi No1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini turut meninggalkan komen buat Nabila. 







Post a Comment

0 Comments