Posting Terakhir Mangsa Bunuh, Buat Ustazah Asma Sebak

Semalam kita dikejutkan dengan kes kematian pembunuhan kejam seorang suami terhadap isterinya oleh kerana cemburu. Mangsa di tembak ketika tidur menggunakan senapang sebelum mayat mangsa disumbat kedalam tong air. Kejadian ini berlaku di Kota Tinggi, Johor pada 1 Mac. 

Kisah tragis tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada seluruh rakyat Malaysia termasuklah ustazah Asma yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan.

Sempat berkongsi tentang solat

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa sedih dengan berita yang mengejutkan itu lebih-lebih lagi selepas melihat status terakhir arwah di akaun Facebooknya. Pada 1 Mac 2021 iaitu pada hari arwah ‘hilang’, dia sempat berkongsi di Facebooknya tentang maksud ayat dan surah dalam solat.

SubhanAllah, secara peribadi sungguh saya merasa begitu sayu apabila melihat antara posting terakhir FB arwah adalah live ceramah saya.

Sempat tukar gambar profil Facebook

Malah, pada 10 Februari 2021 yang lalu, arwah telah memuat naik beberapa video dan foto sempena sambutan majlis ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang berusia empat tahun. Dalam video tersebut, kedengaran suara arwah sangat gembira ketika mendendangkan lagu selamat hari lahir buat anak tersayang. Pada 24 Februari pula, arwah dikatakan telah menukar gambar profil Facebook kepada gambar dua orang anak lelakinya.

Saat ini saya menangis tak tertahan kerana mendengar suara arwah melagukan hari lahir dan mendoakan ‘Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan abang’ dan meminta si anak sama-sama ikut. Duhai anak, mungkin itulah lagu yang kamu berdua akan ulang-ulang dengar saat kamu dah dewasa kelak, saat kamu rindukan bonda kamu.

Dalam kesempatan itu, ustazah Asma sempat menitipkan doa supaya arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diampunkan segala dosa-dosanya. Selain itu, ustazah Asma juga berharap diberi peluang dan kesempatan untuk menziarahi kedua-dua cahaya mata dan keluarga arwah.

Kongsi live ustazah Asma

Status terakhir arwah

Semoga jadi anak soleh


Post a comment

0 Comments