Instagram Tambah Fungsi Terbaru, LIVE 4 Orang Serentak

Instagram merupakan platform sosial media yang tidak asing lagi dikalangan pengguna di Malaysia. Untuk pengetahuan terdapat lebih satu billion pengguna Instagram di seluruh dunia. Pada awalnya Instagram dilihat sebagai platform yang boleh memuat naik gambar dan video pendek sahaja. 

Seiring dengan perkembangan, Instagram telah pun memperkenalkan pelbagai fungsi tambahan antaranya instagram story, dimana perkongsian video atau gambar bersifat sementara selama 24 jam. Seterusnya Instagram turut memperkenalkan fungsi LIVE.

Terbaru, fungsi LIVE Instagram ditambah baik dengan lebih ramai pernyertaan atau LIVE bersama. Jika sebelum ini fungsi itu hanya ditawarkan untuk seorang atau dua orang sahaja, kini ia ditawarkan sehingga 4 orang. Ia bakal memberi satu dimensi baru buat content creator atau peniaga atas talian.

Post a comment

0 Comments