[FOTO] Struktur besi kren terjatuh, 2 maut

Kuala Lumpur: Struktur besi kren di tapak pembinaan laluan lebuh raya terjatuh dan menghempap sebuah kereta di Alam Damai, Cheras di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada 8 pagi dan setakat ini dilaporkan empat mangsa terbabit dalam kejadian itu.

Difahamkan, dua daripada tiga pekerja projek pembinaan terbabit dilaporkan meninggal dunia. Seorang lagi mangsa dipercayai pemandu kereta parah dalam kejadian itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Sumber JBPM berkata, dua mangsa yang meninggal dunia itu dikatakan terjatuh dari ketinggian kira-kira 36 meter. 

Menurutnya, seorang lagi mangsa masih tersangkut di tapak pembinaan dan kerja menyelamat sedang dijalankan.












Post a comment

0 Comments