Bazar Ramadan Tahun Ini Mungkin Akan Dibenarkan

Jika tahun lalu sambutan bulan Ramadan sepi tanpa bazaar Ramadan namun tahun ini bazar Ramadan mungkin akan dibuka semula.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar, perkara itu sedang dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk cadangan SOP kepada Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dan dimuktamadkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Difahamkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat persiapan serta sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menganjurkan bazaar.

“Secara umumnya MKN sudah mula beri kebenaran dan melonggarkan sektor tertentu bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan.

“Secara prinsipnya kita sedang membuat persiapan untuk membenarkan bazar Ramadan dan Bazaria Aidlfitri, cuma tunggu kelulusan muktamad daripada MKN terutama SOP yang dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya.

Post a comment

0 Comments