Apple Tawarkan Harga Istimewa Untuk Guru dan Pelajar. Jimat Sehingga RM440

Apple merupakan sebuah syarikat pengeluar peranti yang canggih dengan harga yang premium. Antara produk yang dihasilkan adalah Macbook, iMac, iPhone, iPad dan bermacam lagi. Apple terkenal dengan dengan harga premium. Namun ia memiliki nilai tersendiri oleh kerana mereka mengguna sistem operasi serta ekosistem miliknya sendiri. 

Tahukah anda, sebenarnya Apple ada menawarkan harga istimewa untuk warga pendidik dan pelajar dibawah progam apple education. Kebanyakkan peralatan yang ditawarkan dalam program ini adalah yang memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Antara peralatan yang ditawarkan Macbook Air, Macbook Pro, iMac, iMac Pro, iPad dari iPad Mini hingga iPad Pro. 

Kesemua produk apple yang ditawarkan dalam program ini jauh lebih murah berbanding harga pasaran biasa. Sebagai contoh Macbook Air terbaru ini dengan processor M1. Harga untuk education program jimat sehingga RM440. 

Harga Apple Education

Harga Biasa

Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah membeli produk apple ketika waktu universiti dulu. Prosesnya cukup mudah. Tiada sebarang maklumat peribadi seperti maklumat pelajar atau istitusi apa yang kita menuntut waktu itu. Hanya masuk sahaja ke laman web berikut. 

APPLE EDUCATION PROGRAM

1. Pilih produk yang ingin dibeli.

2. Kemudian lengkapkan butiran penghataran.

3. Seterusnya buat pembayaran sama ada menggunakan kredit kad ataupun debit kad. 

4. Penghantaran akan dibuat. Apple biasanya menjangka pelanggan akan menerima 2 minggu dari tarikh pembelian. Namun berdasarkan pengalaman penulis. Ia mengambil masa hanya 4 hari bekerja. 

Jangan risau soal penghantaran, kerana Apple sangat menitik beratkan soal keselamatan barang anda. Pihak courier akan menghubungi anda terlebih dahulu sebelum penghantaran dibuat. 


Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pelajar atau pendidik yang mahu memiliki produk Apple.  Jangan lupa SHARE ye. 

Post a comment

0 Comments