Anti Vaksin Kurang Senang Dengan Peraturan Kerajaan Arab Saudi

Umum mengetahui perang melawan virus covid19 belum berakhir. Pelbagai acara keagamaan tidak dapat diteruskan sejak wabak berkenaan melanda dunia, begitu juga ibadah haji dan umrah tidak dapat ditunaikan oleh ummat islam oleh kerana sempadan antarabangsa ditutup demi mengelakkan wabak berkenaan menjangkiti lebih ramai orang. 

Terbaru dengan kehadiran vaksin, kerajaan arab saudi dilihat lebih terbuka untuk menerima kembali jemaah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah. Namun begitu kerajaan Arab Saudi mengenakan syarat ketat dengan mewajibkan jemaah untuk divaksinasi Covid19 terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan untuk masuk ke negara berekenaan. 



Walaubagaimanapun, kumpulan anti vaksin kurang senang dengan syarat yang dikenakan kerajaan Arab Saudi. Golongan anti vaksin ini pernah mendakwa menolak vaksin dengan alasan yang tidak munasabah antaranya terdapat campuran babi dan cip nano. 

Sementara itu, beberapa ulama terkenal dunia khususnya yang berada di Arab Saudi dan Mesir sudahpun menerima vaksin COVID-19. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyeru kepada umat Islam mendapatkan vaksin yang mampu menguatkan tubuh serta sebagai langkah ikhtiar daripada penularan wabak ini.

Post a comment

0 Comments