[VIDEO] Wanita Dakwa Terima Gangguan Seksual, Dua Polis Digantung Kerja

Tular di media sosial sejak beberapa hari lalu setelah dua orang pemandu wanita di dua lokasi berbeza meluahkan menerima gangguan setelah melalui sekatan jalanraya. Isu itu hangat diperkatakan dan menjadi perdebatan pengguna media sosial yang lain. 

Oleh hal demikian Polis Diraja Malaysia, menerusi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengeluarkan kenyataan bahawa dua pegawai terbabit telah digantung tugas untuk siasatan sepenuhnya dibuat. 

Terdahulu tweet dua wanita ini mendawa mereka diganggu telah tular di media sosial


Menerusi laporan, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengatakan bahawa tindakan tersebut dibuat ke atas kedua-dua anggota polis tersebut sehingga siasatan kes berkenaan selesai dijalankan.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut prosedur dalam penyiasatan termasuk mencari saksi lain atau rakaman yang dapat mengesahkan dakwaan berkenaan.

Malah, beliau berharap mana-mana pihak yang mengalami situasi yang sama untuk tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan dan tindakan sewajarnya dapat diambil.

Post a Comment

0 Comments