[VIDEO] Sedihnya, Tak Sampai Hati Tengok..

Di TikTok, viral sebuah video di mana seorang ibu sedang memunggah sampah yang boleh dikitar semula demi kelangsungan hidup keluarganya.

Lebih menyedihkan, wanita tersebut turut membawa tiga orang anaknya menaiki motosikal sewaktu memunggah sampah.

Jangan kedekut hulur bantuan


Kalau jumpa orang yang susah atau memerlukan bantuan macam ni, jangan kedekut untuk menghulurkan bantuan. Walau sedih janji kita dapat meringankan beban mereka.

Kejadian yang dirakam oleh Nadya Zaira ini dipercayai berlaku di Tumpat, Kelantan. Kelihatan seorang ibu sedang memunggah sebuah tong sampah dan mencari barang yang boleh dikitar semula pada waktu tersebut. Lebih tersentuh, tiga orang anaknya turut ikut bersama pada masa tersebut.

Menerusi video itu juga, suami Nadya yang berbaju bewarna putih, kelihatan menghulurkan wang kepada salah seorang anak wanita tersebut. Suaminya turut berpesan agar wanita itu membeli nasi menggunakan wang yang telah diberikan olehnya itu.

Bantu antara satu sama lain

@nadyazaira92

Kita bantu kita , semoga kita semua boleh hadapi ujian yg diberi.#fypシ #kelateteam #tiktokmalaysia #kitajagakita

♬ original sound - Nadya Zaira


Rata-rata netizen memberikan pujian kepada suami isteri ini di atas keprihatinan mereka terhadap insan yang kurang berkemampuan.

Sumber: Nadya Zaira

Post a comment

0 Comments