[VIDEO] Penyampai Radio Hitz FM Perlekeh Guru Mengajar Bahasa Inggeris Digantung Tugas

Gara-gara memuat naik video Tik Tok memperlekeh seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah saluran TV pendidikan, seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak menerima kecaman hebat daripada netizen hari ini.

Artikel berkaitan: 'Saya Akui Kelemahan Diri' - Luahan Cikgu Rafidah, Buat Ramai Tersentuh

Susulan daripada itu, Pengurus Besar ASTRO Radio Malaysia Timur iaitu Hafiz Nizamuddin dalam satu kenyataan memaklumkan penyampai radio tersebut telah digantung tugas dan pihak pengurusan bakal melakukan siasatan dalaman tentang isu viral tersebut.

Kami minta maaf


HITZ berkomitmen untuk menghiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia, dan dengan tulus meminta maaf atas isu viral salah seorang penyampai radio kami terhadap sebuah video baru-baru ini. Kami memandang serius perkara ini, dan akan melancarkan siasatan dalaman mengenai perkara ini. Sementara itu, penyampai tersebut akan digantung tugasnya.

Menurut kenyataan media yang dimuat naik di Facebook itu seluruh warga kerja Hitz Fm memohon maaf di atas kelakuan salah seorang penyampai radio mereka yang bertindak mentertawakan seorang guru bahasa Inggeris ketika sedang mengajar di saluran TV pendidikan itu. Oleh itu, mereka memandang isu ini sebagai isu yang serius dan bertindak untuk melakukan penggantungan sementara perkhidmatan penyampai tersebut.


Mohon Maaf 

Menyedari kesalahan dan keterlanjuran atas perbuatannya. Penyampai radio terbabit tampil memohon maaf di laman sosial instagram miliknya. Di Instagram, Yusuf memuat naik satu video permohonan maaf buat seluruh rakyat Malaysia terutama guru tersebut. Malah, dia turut mengakui kesalahan yang dilakukan itu adalah tidak wajar sekali.

Assalamualaikum nama saya Yusuf. Pertama sekali saya nak minta maaf terhadap video yang sedang viral. Saya mengaku bahawa video tersebut bukan sesuatu yang melucukan bahkan ia sangat biadab dan menunjukkan rasa tidak hormat kepada golongan pendidik. Saya minta maaf sangat-sangat kepada cikgu tersebut. Saya baru tahu program yang disiarkan itu merupakan program di mana cikgu suka rela mengajar anak-anak murid di Malaysia. Saya rasa tak patut saya gelak dan ketawakan guru tersebut. Sekali lagi, saya minta maaf kepada guru tersebut, semua guru-guru dan semua orang yang menonton video tersebut. Terima kasih juga kepada semua kerana telah memberikan saya pengajaran dan menyedarkan saya.

Terbaru, penyampai radio Hitz yang dikenali sebagai Yusuf itu tampil memohon maaf di akaun Instagramnya. Dia juga sedar akan kesalahan yang dilakukan dan berharap guru tersebut dapat memaafkannya.

Sumber: Yusuf

Post a comment

0 Comments