[VIDEO] ‘Panasnya Muka Ya Allah’ – Pekerja Penghantar Barang Cedera Diserang Anjing Tuan Rumah

Pekerjaan penghantar barang bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka ini boleh di anggap sebagai frontliner yang setia bekerja meskipun PKP dilaksanakan. Merekalah nadi utama logistik untuk barangan sampai kepada pengguna disaat wabak covid melanda, tidak kiralah barangan makanan ataupun keperluan harian. 

Namun dalam sedar ataupun tidak mereka juga menghadapi risiko yang besar, bukan sahaja ketika di jalanraya. Malah risiko ketika di rumah penerima. Ini yang terjadi kepada pekerja penghantar barang Ninja Van yang mengalami luka teruk di muka setelah diserang anjing peliharaan tuan rumah.

MUKA RABAK

Video ini dikongsikan rakan kepada mangsa serangan anjing ini di laman aplikasi TikTok. Rata-rata melahirkan rasa simpati dan mendoakan kesembuhan buat lelaki ini. Video berdurasi kurang dari seminit itu memaparkan keadaan penghantar makanan ini dipenuhi luka dan berdarah. Malah kedengaran suaranya merintih memberitahu mukanya panas akibat luka tersebut. Aduh memang kesian betul lah tengok.

TOLONGLAH PEKA TUAN RUMAH

@asri_izham

Tolong Lah Alert Wahai Tuan Rumah Yang Bela Anjing Tu Kesian Lah Dekat Geng Geng Courier Yang Menghantar Barang Dekat Korang Tu😭GWS My Brother👏🏻❤️

♬ original sound - Fatil (Kento)

Rakan kepada mangsa turut menasihati agar tuan rumah peka dan mengawasi anjing peliharaan mereka agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Mangsa dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut. Di ruangan komen, masing-masing meluahkan rasa geram dan menggesa agar mangsa saman tuan anjing kerana kejadiaan ini boleh menyebabkan kematian.

NETIZEN GERAM



Sumber : Asri Izham

Post a comment

0 Comments