[VIDEO] ‘Maafkan Mama Sebab Tinggalkan..’ – Tangisan Kanak-Kanak Ini Lepas Baca Nota Kiriman Ibu Undang Sebak!

Perpisahan adalah suatu perkara yang menyakitkan bagi setiap orang. Lebih lagi apabila terpaksa berpisah dengan ibubapa atas sebab tertentu. Kerinduan yang tertanggung sukar untuk digambarlah terutama untuk anak kecil. 

Tular di laman sosial Tiktok sejak semalam, perkongsian video Melliringallery menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki membaca kad kiriman bunga dan coklat dari ibunya. Runtun hati penonton yang melihat video terbabit disaat anak itu membaca kad yang di kirimkan kepadanya. Riak wajah yang ceria berubah menjadi sebak dan menangis. Perkara itu turut menyentuh hati warga maya.

Mama rindu Imran, belajar rajin-rajin ye. Nanti mama cuti mama balik. Mama minta maaf sebab tinggalkan…

Video berdurasi 31 saat itu bukan sahaja Tiktok, malah turut dikongsikan di laman sosial yang lain seperti Twitter. Di tiktok video terbabit mendapat lebih 500 ribu tontonan dengan 77 ribu likes.

@mellirinegallery

Bila mama yang pjj suruh hantarkan bouquet untuk ank nya...😭#surpriseplannerbp #mellirinegallery

♬ bunyi asal - mellirinegallery

 Nangis Sekali




Post a Comment

0 Comments