[VIDEO] Kejutan Hari Bahagia, Suami Umur 18 Tahun Hadiah Kereta Mustang Untuk Isteri

Perkahwinan satu perkara yang diinginkan buat setiap pasangan yang bercinta. Pastinya ramai akan merancang sesuatu yang istimewa pada hari bahagia mereka. Tular di media sosial pasangan muda baru berkahwin, si suami baru berusia 18 tahun namun mampu menghadiahkan si isteri dengan kereta mewah Ford Mustang.

Bagi yang kemampuan, mereka pastinya memberikan hadiah yang lebih ‘besar’. Waalupun semua hadiah ini tidak diminta tetapi pemberian ini akan membuatkan si isteri tersenyum lebar.

Satu video tular apabila pengantin baru dihadiahkan sebuah kereta oleh suaminya. Ayunie yang berusia 18 tahun, baru mendirikan rumahtangga pada hari tersebut terkejut dan terharu pabila suaminya menghadiahkan sebuah kereta jenama Ford Mustang pada hari istimewa mereka.

Tq suami, suprise kan MUSTANG pada hari perkahwinan kita hari ni, walaupon usia kita baru 18 tahun! Nanti Yuni akan cerita macam mana kami capai tahap ni.

@ayunieso24

Tq suami , supprise kan MUSTANG pd hari perkahwinan kita hari ni , walaupon usia kita baru 18 tahun! Nt yuni akn cerita mcm mana kami capai tahap ni

♬ original sound - ayunieso

Video yang dimuatnaik menerusi laman Tiktok Ayunie dirakam sempena hari pernikahannya.

Malah, warganet turut rasa gembira dan bangga di mana mereka yang berusia 18 tahun ini mampu membeli hadiah sehebat itu untuk isterinya.



Post a Comment

0 Comments