[VIDEO] Kahwin Umur 14, Diusia 17 Ditinggalkan Dengan Dua Anak. Ibu Muda Ini, Tabah Hidup Tanpa Suami

Setiap pasangan pastinya mengimpikan kebahagiaan yang berpanjangan dan berkekalan. Masjid yang dibina semestinya mahu dikekalkan sehingga hujung nyawa. Namun dalam kehidupan tidak semua yang kita impikan menjadi sebagaimana yang kita mahukan. Badai datang melanda mampu memusnahkan segalanya. Begitulah nasib yang dihadapi ibu muda ini. 

Berkongsi cerita dan pengalaman menerusi video tiktok di akaun Siti Aishah. Beliau berkongsi berkahwin pada usia yang muda iaitu 14 tahun, selang setahun kemudian dia dan suami di kurniakan anak pertama. Manakala diusianya 17 tahun dia sekali lagi dikurniakan anak yang kedua. 

BERPISAH KETIKA KANDUNGAN 7 BULAN

Apa yang menyedihkan kali ini dia bersendirian ketika anak kedua dilahirkan. Menurutnya beliau berpisah dengan suami ketika beliau sarat mengandung 7 bulan. Tambahnya lagi, anak kedua tidak pernah berjumpa dan mendapat kasih sayang bapa seperti anak pertama. 

Aishah yang kini berusia 22 tahun, video yang dimuat naik di Tiktok mendapat lebih 200 000 tontonan dan trending di laman sosial berkenaan. 

@sitiaisahishak

Ibu sentiasa senyum dan kuat demi ank2 ibu walau pun ap3 dugaan yg Datang ❤️😊

♬ bunyi asal - hiawok😘

SEMOGA TERUS KUAT





Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini bersama kedua-dua anaknya. Pada masa yang sama, warganet turut mendoakan supaya si ibu terus kuat menjalani hari-hari yang mendatang.


Sumber: Siti Aishah


Post a comment

0 Comments