[VIDEO] 'Ini Adalah Salah, Enough is Enough' - TMJ Tegur Perbuatan Founder Cium Mulut Adik Angkat

Tular di media sosial sejak semalam video yang menunjukkan seorang founder mencium mulut adik angkatnya yang masih kecil. Tindakan lelaki berkenaan mencium mulut kanak-kanak lelaki lingkungan usia 8 ke 12 tahun itu benar-benar mengundang kemarahan warganet. 

Video tersebut dimuat naik di laman sosial tiktok miliknya. Menurutnya dalam video berkenaan ia adalah cara untuk menunjukkan kasih sayang. 

SEXUAL GROOMING

Pengguna media sosial facebook bernama Kai Auburn berkata tidakan tersebut adalah terang-terang merupakan sexual grooming. Tindakan sepatutnya dikenakan kepada pelaku tersebut tambahnya lagi. 

YA TUHAN, APA NI?

Akhi Fairuz Al-Jengkawi, seorang aktivist dan speaker pendidikan seks turut berkongsi pendapat yang sama. Menurutnya Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part yang tidak boleh dipegang sebarangan orang. 

TMJ TURUT MENEGUR

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Johor turut menegur perbuatan tersebut adalah salah. Memetik laporan yang dikeluarkan Oh My Media, Baginda menyuarakan perkara tersebut pada instagram story. 


Post a comment

0 Comments