[VIDEO] Hajat Keluarga Angkat Jaga Hingga Liang Lahat Tak Kesampaian, Jenazah Amir Dituntut Keluarga Kandung

Berita kematian kanak-kanak yang didakwa didera keluarga kandung sendiri amat menyedihkan jutaan rakyat Malaysia. Mayat mangsa ditemui dalam tong air dengan kesan lebab di badan.

Jika sebelum ini, keluarga angkat pernah menyatakan hasrat untuk menjaga arwah hingga ke liang lahat dan mahu membawa jenazah pulang ke Rawang untuk disemadikan disana. Namun begitu, hajat kelauarga angkat tidak kesampaian oleh kerana keluarga ibu kandung menuntut jenazah mangsa. Menurut kakak angkat allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Jasin, Melaka selepas pihak keluarga kandungnya tidak memberi keizinan untuk dibawa ke Rawang.




Mohon doakan ummi kuat

Dalam pada itu, mereka juga berharap wargnet sudi mendoakan kekuatan ibu mereka kerana wanita itu begitu sedih dengan keputusan tersebut berikutan hasrat menbawa pulang jenazah Amir tidak kesampaian.

Hal ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang hak walaupun telah mengasuh Amir sejak berusia dua bulan sebelum diminta kembali oleh ibu kandungnya pada tiga bulan yang lalu





Perjalan Terakhir Adik Amir 

Post a Comment

0 Comments