[VIDEO] Gaduh & Langgar Wanita, Netizen Puas Hati Lelaki Baran Ini Dicekup Orang Awam

Tular di media sosial sejak petang semalam satu video insiden dimana seorang lelaki dan perempuan dipercayai pasangan kekasih yang sedang bertengkar di tengah jalan.

Lebih menambah kemarahan warganet adalah lelaki terbabit menunggang motosikal cuba untuk melanggar wanita berkenaan beberapa kali.

Video yang berdurasi 30 saat itu dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Cik Kazmira.


Video berkenaan mendapat lebih 4000 retweet dan lebih 500 ribu tontonan. Rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan Proton Persona yang melanggar penunggang motosikal terbabitbagi menghentikan tindakannya yang berniat seperti mahu mencederakan wanita tersebut.

Dengan pantas, orang ramai yang berada di sekitar berlari mendapatkan lelaki itu dan berjaya menahannya dari meneruskan ‘aksi gilanya’ kepada wanita terbabit.

Sakit Dapat, Malu Dapat

Kami Mahu Gambar Lelaki

Padan Muka

This is so satisfying


Rata-rata warganet gembira dan puas hati atas tindakan orang awam dalam menyelamatkan wanita berkenaan. Sekiranya tidak sesuatu yang buruk mungkin boleh berlaku. 

Post a Comment

0 Comments