[VIDEO] Dibawa Dengan Bas, 41 Pelajar SPM di Kelantan Positif COVID19


Semalam Malaysia merekodkan 2464 kes baru manakala 4525 kes dilaporkan pulih sepenuhnya pada 14 Februari 2021. 88 kes baru dilaporkan di Kelantan dan 41 daripadanya adalah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah asrama di Machang disahkan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua pelajar terbabit dibawa ke pusat kuarantin di Dewan Jubli Perak dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) selepas disahkan positif.

Katanya, kes calon SPM berkenaan adalah kontak kepada Kluster Pangkal Changgong yang membabitkan tiga daerah iaitu Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

"Kita masih mengesan kontak rapat mereka yang positif bagi mengelak wabak berkenaan merebak," katanya kepada media, hari ini.

Kluster Pangkal Changgong adalah kluster membabitkan sebuah pusat pengajian di Pangkal Changgong dan tiga daerah terkesan dengan kluster itu setakat ini.

Kes daripada kluster berkenaan mula dikesan pada 10 Februari lalu hasil saringan individu bergejala membabitkan seorang pelajar perempuan.

Sehingga kini, kluster berkenaan sudah merekodkan 56 kes positif Covid-19.

Post a Comment

0 Comments