[VIDEO] Denga Sekali Lafaz, Haris Alif & Intan Ladyana Sah Bergelar Suami Isteri

Pasangan sama cantik, sama padan Intan Ladyana dan Haris Alif selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Pasangan pelakon dan pengacara ini selamat dinikahkan pada pagi 5 februari 2021. Majlis yang diadakan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur itu hanya diadakan secara tertutup serta dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.


Semua yang terjadi ada hikmahnya. Kami memang teringin nak buat wedding macam itu ini. Tapi, kami redha sahaja. Yang saya harapkan perjalanan selepas perkahwinan ini.
Menurut Harris, semua perancangan yang dirancang tidak menjadi ekoran situasi semasa iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, dia percaya bahawa apa yang berlaku mempunyai hikmah. Tambahnya, mereka berdua redha dan mengharapkan perjalanan selepas perkahwinan ini menjadi lebih baik hingga selamanya. Rata-rata rakan artis dan portal hiburan mengucapkan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan buat merek berdua.

Sumber: Melodi

Post a comment

0 Comments