Raih lebih 200 000 tontonan di Twitter, video dari kamera seorang anggota JPJ tular di media sosial berkenaan. Video berdurasi satu minit 41 saat itu memaparkan tugasan yang dibuat anggota berkenaan. Video dengan kualiti HD dan audio yang jelas merakam semua salah laku pengguna jalan raya di Malaysia.
Menurut laporan terbitan Kosmo, alat tersebut akan diletakkan pada bahagian atas topi keledar anggota JPJ supaya pihak tersebut dapat merakam apa-apa kesalahan yang telah dibuat oleh pengguna jalan raya.
Setelah anggota tersebut selesai merakam kesalahan pengguna tersebut, rakaman video tersebut difahamkan akan dihantar secara langsung kepada sistem JPJ sebelum urusan saman dibuat kepada pesalah jalan raya.
Pelbagai kesalahan dirakam antaranya menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, lawan arus jalan sehala dan sebagainya. Rata-rata pengguna media sosial memuji inisiatif terbaru yang dibuat JPJ ini. Menurut mereka tindakan sebegini lebih telus dan boleh membersihkan imej anggota beruniform yang kerap dikaitkan pelbagai isu sejak kebelakangan ini.
Ada kamera begini, mungkin akan memulihkan imej dan intergriti pihak berkuasa. Semua terakam, insya'allah dapat elak salahguna kuasa dan silap faham kepada netizen yang gemar tularkan perkara buruk berkenaan mereka.
— Pakcik 2 #RakyatJagaRakyat (@JalalMisai_2) February 17, 2021
begitulah budaya kita , kena saman pon terima kasih . sungguh brbudi bahasa . btw kaedah ni lagi bagus la 👍🏽
— saya pun taktau apa yg saya tweet (@bbygarl_) February 17, 2021
Selain itu mereka turut terhibur dengan reaksi pengguna yang disaman JPJ.
VIDEO
Sila patuhi peraturan jalanraya. Abang JPJ sudah guna kaedah baru. Surat saman akan sampai ke rumah. pic.twitter.com/wpCygcIHjH
— Pakcik 2 #RakyatJagaRakyat (@JalalMisai_2) February 17, 2021
0 Comments