[VIDEO] Buat Pusingan-U Secara Merbahaya, ‘Pensyarah’ Ini Maki Dan Doakan Pemandu Lain Dijangkiti COVID-19

Dalam kita berhati-hati ketika pemanduan pasti ada segelintir yang pemandu yang lebih mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sejak semalam tular di media sosial twitter klip ramakan video dari dash cam seorang pengguna yang menunjukkan sikap pemandu wanita yang turut bergelar 'Professor Doktor Madya' yang disabitkan kesalahan kerana membuat pusingan-U di kawasan yang tidak sepatutnya. Berdasarkan video berdurasi 2 minit 20 saat tersebut, kejadian berlaku sekitar 9.36 pagi semalam.


Pemandu wanita terbabit difahamkan melakukan Pusingan-U berhadapan simpang lampu trafik di Hospital Serdang, Selangor. Ekoran daripada tidak tersebut, kemalangan hampir berlaku apabila dia hampir bertembung dengan sebuah kenderaan lain. Tidak mempedulikan keadaan keselamatan jalan terlebih dahulu, pemandu wanita tersebut meluru keluar dan kemudiannya beliau menyalahkan pula pemandu lain yang dikatakan menjadi punca kemalangan di tempat kejadian.

Menurut warga maya, pemandu wanita berkenaan merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti terkenal di Serdang. Tanpa sedikit rasa segan dan malu, pemandu wanita terus memarahi seorang pemandu lelaki dan lebih mengejutkan tidakannya yang mendoakan agar pemandu lelaki tersebut dijangkiti virus COVID-19.

Lebih mengecewakan, bukan sahaja mendoakan ketidak sejahteraan orang lain, malah pensyarah tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu tersebut. Ini sesuatu sikap yang tidak baik ditunjukkan oleh seorang yang bergelar Professor Doktor Madya, ia bukan sahaja mecemarkan nama baik sendiri, malah nama baik universiti yang dia wakili. 

Rata-rata pengguna media sosial yang lain berpendapat kedua-dua pemandu tersebut bersalah dalam hal ini. Mana tidaknya, pemandu wanita tersebut melakukan pusingan-U yang boleh membawa kemalangan manakala pemandu lelaki berkenaan memandu kereta dengan laju sedangkan kawasan tersebut merupakan kawasan hospital.

Orang ramai diminta berhati-hati di jalan raya dan berharap anda semua mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku ini.

Post a comment

0 Comments