[VIDEO] 'Besar Dugaan Awak Dik' - Van Jenazah Singgah Sekolah, Temukan Jasat Ayah Dan Anak, Calon SPM

Tiada yang lebih hiba selain kehilangan ahli keluarga, terutama ibubapa yang telah mendidik dan membesarkan kita. Itulah yang dihadapi calon SPM Muhammad Haikal Iskandar pelajar SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak. 

Ketika pelajar lain menggunakan masa untuk mempersiapkan diri untuk menduduki Sejarah Kertas 2. Van Jenazah tiba di perkarangan untuk menemuinya. Menurut satu tweet Mohd Redzuan Abdul Manap

“Menghampiri pkl 10.00 pg utk peperiksaan Sejarah K2.. Van jenazah singgah ke sekolah.. Seorang ayah yg sudah tidak bernyawa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir”
Rakaman video seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir sebelum menduduki peperiksaan Sejarah kertas dua yang tular hari ini mengundang sebak dan meruntun hati netizen.

Sehingga pukul 7 malam, hantaran itu sudah dikongsi lebih 7,000 pengguna, ditonton lebih 48,000 dan mendapat sebanyak 5,500 tanda suka.

Video berdurasi selama 58 saat yang berlatar belakang lagu Salam Terakhir nyanyian Allahyarham Sudirman itu sememangnya mengundang sebak netizen.

Selain video, beberapa keping gambar Muhammad Haikal yang kelihatan sedang mengesat air mata dan ditenangkan guru sekolah berkenaan.

Gambar dan video berkenaan turut dikongsi beberapa portal media dan pengguna Facebook.

Rata-rata pengguna turut berdukacita dan mengucapkan takziah kepada Muhammad Haikal serta mendoakan pelajar terbabit diberikan ketabahan serta mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang sedang dihadapinya. 


REAKSI WARGANET 

TERINGAT ARWAH AYAH

SALAM TAKZIAH


 

Post a comment

0 Comments