'Terima Kasih TMJ' - Ebit Lew Kongsi, Wang Sumbangan TMJ Guna Beli 500 Tab Pelajar Miskin

Umum mengetahui dua personaliti hebat bertemu dalam satu perjumpaan baru-baru ini. Dalam pertemuan tersebut Tengku Mahkota Johor, TMJ ada memberi sumbangan bernilai RM200 000 kepada penceramah bebas Ebit Lew untuk diguna bagi menjayakan program bantuan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan. 

Terbaru dalam satu posting di Instagram Ebit Lew berkongsi berkenaan wang berkenaan. Menurutnya, beliau menggunakan wang tersebut untuk membeli 500 buah tab untuk kegunaan 500 pelajar belajar online. Tambahnya lagi, beliau mengucapkan rasa syukur kerana sebahagian sudah sampai. Manakala hari ini mereka akan agihkan pada yang memerlukan. 

Terdahulu beliau mengucapakan terima kasih kepada TMJ untuk sumbangan yang telah diberikan. 

Post a Comment

0 Comments