Semalam Viral OKU Hilang Rumah, Terbakar. Ustaz Ebit Lew Terbang Ke Kelantan Bagi Rumah Baru

Sejak semalam, tular di media sosial foto seorang lelaki kelainan upaya (OKU) duduk ditangga rumahnya yang hangus terbakar di Pengkalan Chepa, Kelantan. Kisah itu menyentuh hati ramai warga maya. 

Ebit Lew dah sampai

Susulan daripada itu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang pagi tadi baru sahaja menaiki pesawat ke Kelantan telah datang bertemu dengan remaja tersebut bagi memberikan bantuan diatas kesulitan yang menimpa dirinya.

Beri motosikal roda tiga buat abang

Dalam pertemuan tersebut, Ebit Lew telah memberikan sumbangan motosikal roda tiga kepada pemuda tersebut selepas motorsikal yang digunakan sebelum ini terbakar bersama rumah yang diduduki bersama adiknya yang menghidap sindrom down dan buta.

Beliau juga akan membantu membayar kontraktor membina semula rumah baharu buat adik-beradik ini dan sudah membayar sepenuhnya rumah yang akan dibina tersebut.

Ramai yang turut sama membantu

Selain daripada itu, ustaz turut berterima kasih kepada penduduk kampung, keluarga dan pihak-pihak yang sama-sama tampil memberri bantuan awal kepada adik-beradik berkenaan selepas mereka ditimpa musibah.

Perkara tersebut juga dimaklumkan oleh sepupu kepada mangsa kebakaran yang menularkan kisah sedih ini semalam.

Menerusi gambar yang tular semalam, pengguna Facebook dikenali sebagai Aniq Shurfati telah memuat naik gambar sepupunya yang mempunyai masalah penglihatan dan sindrom down duduk ditangga rumah yang dihuninya tanpa mengetahui bahawa rumah tersebut sudah musnah dijilat api.

Ia tular di media sosial sehingga mendapat perhatian banyak pihak kerana hiba melihat situasi menyedihkan itu.

Post a Comment

0 Comments