Sebut sahaja nama Khairulaming pasti ramai yang mengenali social media influencer ini. Terkenal dengan resepi simple yang sesuai untuk dicuba oleh ramai orang. Perkongsian video ringkas masakan yang cantik dan unik disulami unsur lawak di instagram menjadikan pemuda kelahiran Kota Bharu ini memiliki lebih 2 juta pengikut di laman sosial berkenaan.
Baru-baru ini Khairulaming ada berkongsi perniagaan terbarunya iaitu Sambal Nyet. Lebih mengagumkan 10 000 sambal berkenaan sold out dalam masa kurang dari satu jam. Ia memaksa beliau untuk membuat sistem baru dengan restock setiap hari dan ia turut sold out dalam masa yang singkat.
Berkongsi kisah perniagaan sambal itu, Khairulaming mencerita jatuh bangun beliau dalam dunia perniagaan sehingga terhasilnya Sambal Nyet yang laris terjual.
iyaaa. im the owner of this sambal since 2017. at that time i sold this sambal kat fb tp sbb tak laku we had to close down. i had to let go my staff too. burnt all my savings berpuluh ribu. i told my sister to give me 4 years to rebuild balik branding. this is how it went: https://t.co/J3VYQl2hXx
— Khairulaming (@khairulaming) February 7, 2021
Menurutnya beberapa tahun dahulu, beliau dan kakaknya pernah membuat dan menjual Sambal King. Namun perkara tersebut tidak menjadi sebagaimana yang diharapkan oleh kerana beberapa faktor antaranya facebook algorithm sehingga menyebabkan sambal itu tidak terjual. Pada waktu itu beliau kerugian hingga mencecah lima angka selain terpaksa memberhentikan pekerja dan menjual peralatan seperti peti chiller oleh kerana tidak mampu untuk menampung kos kerugian.
in 2017, i spent two months utk develop sambal king. setiap hari balik dari office aku pegi beli cili kat supermarket, balik rumah and try masak. lepas dah develop resepi, aku try jual 200 botol my fb page. ini video promo: https://t.co/mcqHDiYIXX
— Khairulaming (@khairulaming) February 7, 2021
disebabkan permintaan tnggi, aku terus all out buka production center. i hired a team, kluarkan savings, beli equipment etc. a few weeks after that fb tukar algorithm and my views dropped bnyk. so bad sampai xde org beli sambal. aku clueless time tu sbb dh habis duit savings
— Khairulaming (@khairulaming) February 7, 2021
so i told my sister to quit. we moved out, jual balik peti sejuk chiller etc. i also let go of my staff sbb aku dh x mampu nk bayar. since then my sister ckp she wants to continue selling, tp buat kecik2 je
— Khairulaming (@khairulaming) February 7, 2021
Tambahnya lagi, 4 tahun dia mengambil masa untuk mencipta personal branding dan membuat R&D untuk menghasilkan kualiti sambal yang ada pada Sambal Nyet. Namun kecekalan dan usaha yang tidak jemu itu akhirnya berjaya menghasilkan Sambal Nyet viral dan sentiasa sold out di Shopee.
Untuk membeli, Sambal Nyet hanya dijual di Shopee
0 Comments