Perjalan Terakhir Zubaidi Amir Quasyairi Abd Malek, Jenazah Arwah Selamat Dikebumikan


Kisah menyayat hati pemergian kanak-kanak 7 tahun yang ditemui meninggal dunia dalam tong air dirumah ibu kandung. Mangsa dipercayai didera dengan kesan lebam pada badan. Sebelum ini, pihak keluarga angkat yang menjaga arwah selama 6 tahun sebelum diserahkan semula 3 bulan lalu merayu untuk jenazah disemadikan di Rawang tempat keluarga angkat menetap. 

Namun permintaan tersebut tidak diizinkan, sebaliknya keluarga kandung mahu jenazah dikebumikan di Melaka. 

Jenazah Selamat Dikebumikan

Kakak angkat mangsa ada memaklumkan jenazah arwah telah selamat dikebumikan menerusi satu posting di instagram miliknya

Selain itu, portal berita Kosmo dan Bernama turut naik beberapa gambar jenazah yang dibawa ke Madrasah Assyakirin, Simpang Bekoh, Asahan untuk disembahyangkan sebelum di kebumikan di tanah perkuburan.

Post a Comment

0 Comments